PENGENALAN SEKOLAH

Sek.Men.Keb Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
25 Januari 2009

PENGENALAN SEKOLAH

  • Beramal, Berilmu, Bertaqwa
  • Tahun 2010 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SHOAW akan menjadi antara sekolah yang terunggul di Sarawak.
  • SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab adalah sebuah sekolah Menengah Agama yang komited untuk menjadi antara sekolah terunggul di Sarawak akan sentiasa berusaha untuk;Melakukan Pengajaran dan Pembelajaran berkualitiMenerapkan nilai-nilai positifMemupuk semangat juang yang tinggi di kalangan warganya.Melaksanakan sistem pengurusan yang cekap dan berkualiti.
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
  • Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, seimbang, berakhlak mulia, bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara.
  • Mendidik pelajar dengan keperibadian IslamMemperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan.Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan di luar negara
  • Bekerja dengan semangat berpasukan, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, cekap, bijaksana dan penuh kasih sayang.Memberi perkhidmatan berkesan dan pendidikan berkualiti berasaskan budaya ilmu untuk melahirkan insan seimbang bagi memenuhi matlamat Wawasan Pendidikan menuju era 2020.Memberi layanan mesra, adil dan berkesan kepada pelajar-pelajar, ibu bapa, majikan dan masyarakat ke arah ' zero defect'.Menjadikan SMKA SHOAW sekolah kebanggaan masyarakat yang berteraskan budaya cemerlang, perkhidmatan penyayang, bersikap terbuka dan prihatin kepada pelanggan.